Home Beauty/Skincare Food Lifestyle Segmen/Giveaway

Wednesday 7 October 2015

Rawatan Muka Menggunakan Ais Batu


Tahun 2012 muka aku agak teruk dengan acne,
breakout skin ,pori tersumbat,scar dan paling teruk
adalah redness kalau panas memang terserlah sangat-
sangat dekat muka aku nie...Kawan-kawan aku pun dah
mula tegur pakai apa sampai muka jadi macam nie???
malu???? jangan cakap lah :(

Ada suatu hari tu singgah pergi The Body Shop,tengok lah
product skincare Tea Tree,jurujual tu bagitahu muka aku
teruk belah kanan macam kena radang kulit macam tu,
dia suggest jangan guna apa-apa untuk sebulan baru
boleh guna product Tea Tree tu.(tapi aku tak beli pun)



Orang yang ada masalah sama dengan aku je yang paham
perasaan aku nie huhuhu.......aku ada tengok  youtuber
beauty nie mengunakan ais batu boleh mengurangkan 
redness dan pori-pori terbuka, DIY at home,modal pun
tak banyak, dekat rumah sah-sah ada ais batu kan..









So aku try dalam 2 minggu tapi aku buat masa malam
sebab malam banyak sikit masa berbanding siang hari
yang terkejar-kejar nak pergi kerja, Alhamdulillah kulit
muka beransur pulih,redness pun berkurangan walaupun
tak 100%.Dalam pada masa yang sama aku wapkan muka 
next entry aku story morry plak k.....




Pengunaan ais batu nie pun banyak kegunaanya, jom baca
dekat bawah hope dapat membantu cuolls yang mengalami
masalah macam aku nie...



gambar google




1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah.  Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.
Credit : WOW

"Semua testimoni di dalam blog adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri,maybe its works for me but not for you or its works for you but not for me..why???because we have different skin.."


◕‿◕✿ Terima Kasih singgah baca...kalo senang datangla lagi yer ✿◕‿◕

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012 Reserved to Sweet Melody
Design by Ccicute Design